Latar Belakang


LATAR BELAKANG RAJA STEAMBOAT

RAJA STEAMBOAT merupakan salah satu gerai steamboat yang terdapat di Malaysia. Kami menggunakan nama RAJA STEAMBOAT sebagai branding perniagaan kami adalah kerana kami yakin bahawa kami adalah NO.1 dan memiliki resepi kuah yang sangat enak dan lain daripada yang lain. Dahulu nya kami dikenali dengan nama SRI GOMBAK STEAMBOAT dan kini dengan keyakinan yang ada pada diri kami bahawa kami layak menjadi NO.1, kami telah pun menukar branding perniagaan kami dan kini dikenali sebagai RAJA STEAMBOAT. Lokasi perniagaan kami masih di tempat yang sama iaitu di Bazar Malam Reko Sentral, Jalan Reko, Kajang.

SEJARAH

Kami telah menceburi bidang perniagaan Steamboat ini sejak dari awal tahun 1980'an lagi. Kami merupakan generasi terawal yang memulakan perniagaan Steamboat di Kuala Lumpur pada ketika itu. Tapak perniagaan kami pada awal tahun 1980'an adalah di Kotaraya, Masjid Jamek KL, Mahkamah KL dan juga Pertama Kompleks. Pada ketika itu kami tidak menggunakan sebarang branding untuk perniagaan kami.

Pada penghujung tahun 1980'an iaitu sekitar tahun 1989, kami telah membuka 1 lagi cawangan di Pasar Malam Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) KL dan merupakan satu-satunya gerai Steamboat di pasar malam tersebut. Pada sekitar tahun 2000, kami telah menamatkan perniagaan kami di pasar malam tersebut kerana pada ketika itu arahan yang tidak membenarkan peniaga menggunakan dapur gas telah dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya dan ia menyukarkan kami untuk menjalankan perniagaan. Pasti ada di antara penggemar Steamboat di luar sana yang masih mengingati kami sehingga ke hari ini.

Selepas itu, kami telah berhijrah ke Bandaraya Johor Bahru dan meneruskan perniagaan Steamboat di Dataran Bandaraya Johor Bahru dan menggunakan nama Majidee Steamboat sebagai branding perniagaan. Alhamdulillah, perniagaan kami mendapat sambutan dan menjadi salah satu gerai Steamboat yang terkenal di Johor Bahru. Bagi penggemar-penggemar Steamboat di Bandaraya Johor Bahru, pasti tidak asing lagi dengan nama Majidee Steamboat (lori No. 19). Majidee Steamboat (No. 19) masih lagi beroperasi sehingga kini dan dikendalikan oleh salah seorang dari ahli keluarga kami.

Pada tahun 2010, kami telah membuka gerai Steamboat kami di Tapak Bazar Malam Sri Gombak dan telah menggunakan nama Sri Gombak Steamboat sebagai branding perniagaan kami. Kami telah beroperasi di sana selama setahun dan berpindah ke Bazar Malam Reko Sentral, Jalan Reko, Kajang, Selangor pada awal tahun 2011.

Berkat keyakinan dan usaha kami, perniagaan kami mendapat sambutan yang amat menggalakkan di Bazar Malam Reko Sentral. Oleh kerana kami yakin dengan keenakan dan keunikan kuah steamboat kami, kami telah pun menukar branding perniagaan kami dan kini kami dikenali sebagai RAJA STEAMBOAT. Anda boleh mengunjungi gerai kami untuk menikmati keenakan steamboat kami dan apa yang akan anda katakan nanti adalah "SEDAPNYEEE"..

No comments:

Post a Comment